Thursday, May 28, 2009

Janda Punya Penangan..

Masuk kali ni dah 3 weekends berturut2 aku bermandi-manda kat jeram. Arah tujuan?Janda Baik. Mende ni tak dirancang pon. Just happen, mase nak anta member balik umah die, tibe2 timbul idea plak nak mandi jeram. Kali ni memang tak survey line langsung. Main redah jer. Ye lah, dah banyak kali jugak aku dengar yang kat Janda Baik ni tmpt die lawa. Maklum lah, dekat ngan Genting Highland.

Kitorng terus gerak after lunch. 4 org jer. Sampai sane, kitorng rendah perkampungan kawasan tu. Kampung Sum-Sum Hilir lah, Kg Janda Baik lah dan bermacam2 lagi kg yg ade kat situ. Resort2 mmg banyak and sepanjang jalan kat situ mmg selalu berselisih dengan keta2 mewah macam Lotus (konvoi, satu geng lagi), Ferrari dll. Kire bile nmpk benda2 ni, excited tahap gaban laa kitorng, yang menyokong bahawa keputusan drastik kitorng ni adalah tepat lagi jitu. Ronda punya ronda kitorng still tak jumpe port yang terbaik untuk kitorng meng'apply' skill2 yang dipelajari kat jeram2 sebelum ni.

Bak kate pepatah 'malu bertanya, sesat jalan'. Amat tepat sekali peribahasa tersebut. Disebabkan ke'ego'an kitorng tak mahu tanye kat org kampung situ kitorng dah tawaf kampung tu dah dekat 3 kali. Pembetulan, bukan ego tapi tak mahu menyusahkan. Huhuh. Akhirnye kitorng singgah lah kat sebuah kedai runcit dan bertanyakan kat sorang makcik yang jage kedai tu:


aku: Assalamualaikum, makcik tumpang tanya, kat sini kat mane yek tempat org berkelah macam jeram atau air terjun?

makcik : Ooo..kat sini biase nyer orang mandi kat sungai kat atas sane jer (tangan tunjuk arah tempat yang kitorng dah ronda2 tadi). AIR TERJUN ADA tapi..

aku: Aaa.. air terjun tu kat mane ek? (excited dah ni..)

makcik: Kalo nak pi air terjun tu kene ade orang bawak, sebab kne masuk jauh dalam hutan.

aku: Ooo kat mane sungai yang makcik cakap tadi ek? (sedikit kecewa..)

makcik: jalan terus..bla..bla..bla..


Aku pon terus masuk keta lepas cakap terima kasih kat makcik tu, terlupa pulak nak beli buah pisang ke, ape ke, kat kedai die. Yelah patutnye 'org berbudi, kite berbahasa', kan? (musti makcik tu berbulu ngan aku..huhu). So kitorng decide just nak mandi kat sungai je lah. Sampai kat sungai, tengok air punya lah cetek. Setakat kedalaman paras keting jer. Pastu siap ada papan tanda kene bayar RM3 lagi untuk berkelah. Wahh! tak berbaloi. Masing2 dah down habis. So kitorng rayau ke hulu sungai sikit. Park keta sebelah kubur. Ade brader tu cakap masuk dalam sikit boleh mandi. Sampai sane tengok air die pon cetek laa jugak. So alang2 dah sampai kitorng mandi je laa.

Sebagai rekod, itulah first time kitorng mandi jeram paling sekejap, hanya 5 minit. Setelah merentasi highway dengan tol Rm5 pegi+RM5 balik. Kitorng terus balik dengan perasaan down yang teramat sangat. Huhu. Yang masih menjadi misteri, kitorng masih tak tahu tujuan kedatangan kereta2 besar ke kawasan tersebut. Maybe kat sini ade kot kawasan perkelahan yang best. Kitorng jer takde rezeki nak sampai ke tempat tu. So, lain kali kene buat research dulu laa sebelum redah. Bak kate orang tua2 'kesal dahulu pendapatan, kesal kemudian tiada gunanya'.

p/s: Maafkan penggunaan peribahasa aku yang kurang tepat; ni bukan kelas Karangan101. Tiada gambar untuk post ni, takut menambah kekecewaan dihati, Huh.

1 comment:

  1. Rase mcm nk tukar jer sign board kt pintu gerbang drpd "Sila Datang Lagi" kpd "Jangan Datang Lagi" bolehhhh?????

    ReplyDelete