Saturday, September 12, 2009

Diari Raya 2


Ana ni pon rinduuu jugak..

Friday, September 11, 2009

Di Sini


Sini..sini, Terima kasih

p/s: Rumah sewa, teres area Equin is needed..please..

Wednesday, September 9, 2009

Diari Ramadhan 3


"Knape plastik ubat ni koyak?"

Seperti biase pada minggu awal Ramadhan pasti perut aku akan buat hal..
Gastrik!!
Mungkin sebab adjustment on masa makan atau..alasan
tapi Alhamdulillah puasa aku tahun ni tak rabak..haha
Sesape tak pernah kene gastrik boleh mendabik dada, bile dah kene baru ko rase..

"Tadi mama jatuh lepas keluar dari klinik"

Owh tiba2 hati aku berbuku rasa..bercampur dan berat

Monday, September 7, 2009

Tahukah Anda?


Kertas dicipta oleh masyarakat China pada abad ke-2..
Pakaian harian spt kemeja, jeans yg selalu dipakai, berasal dari Eropah..
Nombor 0 diambil dari masyarakat India untuk mewakili 'nil'..
Semua penciptaan dan ilmu, dikongsi untuk masyarakat dunia..

Kite bernasib baik, Nabi Muhammad bukan berasal dari Indonesia..
Anda faham kenapa?


p/s: Selipar jepun bukan berasal dari Jepun ok.

Diari Ramadhan 2


Meriahnyer hari ni, sempena cuti Nuzul Quran..
Dapat pi shopping2 persedian raya dan berbuka puasa bersama sahabat2..
Releks dirumah dengan tenangnya..
Tapi tu bukan aku..
Nape KL xcuti?

p/s: Lagu raya buat aku rase lapar..

Saturday, September 5, 2009

Diari Ramadhan 1

Pagi2 dah tertengok bukan2 kat sini..huh!

Puasa xbatal kot..kakaka


Friday, September 4, 2009

Diari Raya 1

Cube teka ape aku beli tuk raya ni?

it's a Smart Tag..clap..clap..clap..

Akhirnye setelah merata tempat aku carik, kat KL Sentral jugak yg ade. ;-)
"dam..dam..dum bunyi mercun semarak laa raya ini dengan Smart Tag baru ini tahun"
Baju raya xbeli lagik, huh!


p/s: aku dah lupe u/name blog ni...macam harrrr..

Tuesday, September 1, 2009

Baiknyer H1N1

H1N1? hehe aku baru tau ape tu "hand sanitizer" (gile jakun)..
Dah tau elak tempat ramai orang..
Dah xpi bazaar Ramadhan..
Bole save budget kot..


Sunday, June 21, 2009

Hapdet

Salam. Sekarang ni aku mengalami kemalasan menghapdet..huhu
Jgn riso nnt aku ade mood aku hapdet laa..ok?

Terima kasih, Sila Jangan Datang Lagi.

Thursday, May 28, 2009

Janda Punya Penangan..

Masuk kali ni dah 3 weekends berturut2 aku bermandi-manda kat jeram. Arah tujuan?Janda Baik. Mende ni tak dirancang pon. Just happen, mase nak anta member balik umah die, tibe2 timbul idea plak nak mandi jeram. Kali ni memang tak survey line langsung. Main redah jer. Ye lah, dah banyak kali jugak aku dengar yang kat Janda Baik ni tmpt die lawa. Maklum lah, dekat ngan Genting Highland.

Kitorng terus gerak after lunch. 4 org jer. Sampai sane, kitorng rendah perkampungan kawasan tu. Kampung Sum-Sum Hilir lah, Kg Janda Baik lah dan bermacam2 lagi kg yg ade kat situ. Resort2 mmg banyak and sepanjang jalan kat situ mmg selalu berselisih dengan keta2 mewah macam Lotus (konvoi, satu geng lagi), Ferrari dll. Kire bile nmpk benda2 ni, excited tahap gaban laa kitorng, yang menyokong bahawa keputusan drastik kitorng ni adalah tepat lagi jitu. Ronda punya ronda kitorng still tak jumpe port yang terbaik untuk kitorng meng'apply' skill2 yang dipelajari kat jeram2 sebelum ni.

Bak kate pepatah 'malu bertanya, sesat jalan'. Amat tepat sekali peribahasa tersebut. Disebabkan ke'ego'an kitorng tak mahu tanye kat org kampung situ kitorng dah tawaf kampung tu dah dekat 3 kali. Pembetulan, bukan ego tapi tak mahu menyusahkan. Huhuh. Akhirnye kitorng singgah lah kat sebuah kedai runcit dan bertanyakan kat sorang makcik yang jage kedai tu:


aku: Assalamualaikum, makcik tumpang tanya, kat sini kat mane yek tempat org berkelah macam jeram atau air terjun?

makcik : Ooo..kat sini biase nyer orang mandi kat sungai kat atas sane jer (tangan tunjuk arah tempat yang kitorng dah ronda2 tadi). AIR TERJUN ADA tapi..

aku: Aaa.. air terjun tu kat mane ek? (excited dah ni..)

makcik: Kalo nak pi air terjun tu kene ade orang bawak, sebab kne masuk jauh dalam hutan.

aku: Ooo kat mane sungai yang makcik cakap tadi ek? (sedikit kecewa..)

makcik: jalan terus..bla..bla..bla..


Aku pon terus masuk keta lepas cakap terima kasih kat makcik tu, terlupa pulak nak beli buah pisang ke, ape ke, kat kedai die. Yelah patutnye 'org berbudi, kite berbahasa', kan? (musti makcik tu berbulu ngan aku..huhu). So kitorng decide just nak mandi kat sungai je lah. Sampai kat sungai, tengok air punya lah cetek. Setakat kedalaman paras keting jer. Pastu siap ada papan tanda kene bayar RM3 lagi untuk berkelah. Wahh! tak berbaloi. Masing2 dah down habis. So kitorng rayau ke hulu sungai sikit. Park keta sebelah kubur. Ade brader tu cakap masuk dalam sikit boleh mandi. Sampai sane tengok air die pon cetek laa jugak. So alang2 dah sampai kitorng mandi je laa.

Sebagai rekod, itulah first time kitorng mandi jeram paling sekejap, hanya 5 minit. Setelah merentasi highway dengan tol Rm5 pegi+RM5 balik. Kitorng terus balik dengan perasaan down yang teramat sangat. Huhu. Yang masih menjadi misteri, kitorng masih tak tahu tujuan kedatangan kereta2 besar ke kawasan tersebut. Maybe kat sini ade kot kawasan perkelahan yang best. Kitorng jer takde rezeki nak sampai ke tempat tu. So, lain kali kene buat research dulu laa sebelum redah. Bak kate orang tua2 'kesal dahulu pendapatan, kesal kemudian tiada gunanya'.

p/s: Maafkan penggunaan peribahasa aku yang kurang tepat; ni bukan kelas Karangan101. Tiada gambar untuk post ni, takut menambah kekecewaan dihati, Huh.

Saturday, May 23, 2009

Bergaban2 di Sg Gabai

Ahoi. It have been a week after my officemate and I went to Sg Gabai which is in Hulu Langat. Another weekend picnic at Jeram. The plan have been made berdekat2 lamenye. Since majoriti free on that day, we proceed je la walaupun salah sorng officemate xdpt join sebab kene kuarantin suspect H1N1 time pergi Australia hari tu. Huhu. Kitorng berkumpul kat area tol 90cent kat Cheras nun. Walaupon dipangil tol 90cent harga tol die dah naik jadi RM1 ok. Sampai Sg Gabai dalam pukul 9.30am.

Sampai sane org dah ramai. Nasib baik datang awal dapatlah kitorng pilih port yang sesuai, mula2 nak naik kat atas lagi, tapi disebabkan barang2 banyak sbb nak buat BBQ, so kitorng cari port kat bawah2 area air terjun je. Kalo x mati cramp lak nak ngangkut bebarang macam arang, makan2an, dapur BBQ, mineral water dan pelbagai lagi makanan yang lastly kitorng bazirkan sbb dah xlarat nak makan tu naik tangga.


ko tgk bape byk barang daa, bole wat kndri tuk 500 tetamu aku rase.


Sampai2 jer terus nyalakan dapur tuk masak BBQ, Menu BBQ adalah chicken wing ngan daging kambing. Lain2 makanan yang dibawa ialah mee goreng pedas berapi, tembikai, sandwich, kuih-muih dan keropok2 jajan.

Chef N, sedang sibuk menyediakan santapan chicken wing diraja.


Dan aktiviti utama dengan rancaknya berjalan seperti biasa.

Berposing ala2 Baywatch gitu.


Tgk bertapa happynye diorng.


Air terjun die yang tinggi.

Lepas puas bermandi-manda kat bawah air terjun tu, kitorng naik pulak kat bahagian atas die. Kene naik tangga yang tinggi. Kalau lutut korang tu longgar, baik skru awal2 sebelum naik, nanti bersepah2 pulak lutut kat atas tu.Hehehe.

Mendaki tangga yang curam, nasib ade 3 pit stop.


Jeram kat atas ni lagi best laa pulak, ade tempat yang boleh main gelungsur2. Kat atas ni, majoriti pengunjung die remaja la, sebab yang berstatus berkeluarga dan warga emas tak larat nak naik tangga tinggi2 kot. Takut dah naik, dah tak nak turun pulak. Awek kat atas ni pon ramai ;p

Acara bergelungsur bermuhibah.


Kat atas2 ni bole ber'camping'.


Untuk acara akhir dan kemuncak majlis, kitorng mengadakan sesi bergambar bagi kenang-kenangan dan bagi 'menjengkelkan' mereka yang tak dapat datang. Keskeskes.

(Sebelum) Kesedihan kerna terpaksa pulang.

(Sesudah) Bertuukaaarr....GABAAAAAAN.

Mungkin beginilah sebenarnya asal-usul kejadian gaban. Lihatlah bertapa tidak matangnya mereka yang terlibat. Adakah kerana tekanan kerja? mungkin tidakk..

Wednesday, May 13, 2009

Asam Pedas The Review

Kalau korng orng Melaka tentu korng suka makan asam pedas kan? Asam Pedas adalah makanan Melayu Tradisional terutama bagi warga negeri Melaka. Kalau nak makan asam pedas yang sedap kat area Melaka, berlambak bole cari. Camne plak kat KL?


jom asam pedas!

Buat warga ibukota jom kita layan asam pedas kat
Restoran Asam Pedas, Jalan Jelatik, Setiawangsa. Restoran die berdekatan dengan KRU Records. Asam Pedas kat sini aku berani gerenti sedap! asam pedas die ade 3 options; pari, tenggiri dan daging. Sume sedap. Aku paling suke asam pedas daging die. Tapi ada gak menu special die, ni haa..

menu baru, asam pedas kepala ikan

Bab2 kepala ni aku xberapa minat sangat. Huhu. Harga satu set asam pedas dalam RM7++. Set die ade nasi putih, sayuran, telur asin ngan lauk asam pedas tu laa. Mende2 ringan macam cencalok, cili potong, kicap dll adalah free.

pari, tenggiri dan daging

Aku try gak die nye Masak Lemak Cili Api die. Tapi rasa die biase jer. Huhu. Air plak aku amik Ice Lemon Tea.

Masak Lemak Cili Padi - Pari


Ice Lemon Tea dalam drinking jar


Interior - Karikatur2


Mencekik Time!

So, tempat ni aku amat2 men'suggest'kan kepada kamu2 semua. Hehe. Sedap beb! harga pon berbaloi. Service mantap.

p/s: Asam Pedas kat Bangi tu xsame laa yang dengan ni.

Monday, May 11, 2009

Bersendat2 di Sg Sendat

Selama aku dok KL ni. Ni lah first time aku bermandi manda kat jeram area KL. Sebelum ni penah gak mandi kat air panas kat Selayang. Tapi tempat tu macam xberjaga. Tempat mandi air panas yang best aku penah pi kat air panas Gadek, Alor Gajah, Melaka. Tempat mandi die best gile siap ade kolam2 pelbagai saiz dan siap pasang Astro lagi. Tapi entry ni bukan pasal tempat mandi air panas tapi pasal jeram. Huhu.

Wokeh kitorng bermandi-manda kat Sungai Sendat. Pernah dengar? hahaha..aku xpenah dengar pon sblm ni.. Mula2 kitorng rancang nak pi bermandi-manda kat Ulu Yam jer..On the way pi Ulu Yam ade sorng member ni bagitau yang ada member2 die pon nak follow and diorng suggest nak pi Sg Sendat. Aku no hal nyer, asal dapat mandi sudah. Citer pon tarak guna. Jom tgk gambar.


yeah! inilah kami.



bole gelungsur2 lagi, ade bran?



dalam gak air die.



ni apahal plak gelungsur kat bawah ni?



medikasi airveda, rawatan sakit meroyan yang berkesan



Balik dari Sg Sendat kitorng singgah kat tepi tasik area Ulu Yam tuh. Lawa tasik die, ramai gak yang dok memancing. Kitorng siap makan KFC yang ditapau siap2. Hehe.


pandangan senja.


Walaupun Sg Sendat ni kat area Batang Kali dan jauh kedalam, tapi ramai jugak pengunjung yang datang berkelah. Yelah nak hilangkan stress laa gamaknye. Nak pi Sunway Lagoon mahal plak. Pas ni nak berlibur kat mane plak ek? ada suggestion?


Sunday, May 10, 2009

Makan2

Sebab aku dah banyak sangat collection gmbr makanan dalam henset aku, so aku nk review pasal makanan arr. Sblm tu kene mintak kebenaran Raja Makan dulu,

"Cik Dd, saya nak bwat review makanan bole..?"


Wokeh aku start dengan ni:

Taman Warisan, Putrajaya


Satay Hj Samuri pon ade


Roti John yang femes kat Putrajaya

Haa kat Putrajaya ni aku pi ngan opismate aku, main dish satay hj samuri, side dish Roti John. Rasa satay die mcm satay yang kat kedai2 haji samuri seluruh malaysia. Huhu.. Die nye Roti John pon sedap. Tapi yang plg best dienye tempat indah, permai, aman dan damai. Haha ok next.



Mee Bandung Muar

Mee bandung torsebuk

Mee bandung muar ni terletak kat sebelah Restoran Haslam, Titiwangsa. Kuah die sedap tp kalo slalu mkn bole kne resdung laa plak. Die byk pakai udang kering. Tapi mmg sedap!



Nasi Ayam Mancongkam

Nasi Ayam Mancongkam

Nasi ayam mancongkam jalan gombak, area sungai mulia. Aku suke makan ns ayam die ni especially die nye sup, Best! Die ade nasi ayam biase ngan nasi ayam garing. Bole pilih. Ayam pon bole tahan banyak. Nasi ayam lagi satu aku suke kat Nasi Ayam Mash, Keramat, kat sini pon layan gak ns ayam die.



Chinese Cuisine Stall9


Menu


Wantan Yee Mee die

Stall ni terletak kat Danau Kota food court. So die bukak malam je laa. Isnin ngan Khamis tutup. Sbnrnye stall ni milik pakcik housemate aku. Pakcik die chinese muslim and bekas chef hotel. So sape2 nak rase masakan cina halal silalah berkunjung ke sini.



D'LimauNipis


Limau Nipis Special


Ni bukan cendol ber'float'

Kedai ni plak specialty die kat air limau nipis die, restoran die kat Bandar Baru Bangi. Kalo tengah2 hari panas tu minum air ni, fuhh amat layan.


So ni je laa buat mase skrng. Kalo ade lagik nnt aku hapdet kan. Kalo korng rase makanan2 kat atas xsedap sila komplen kat tokey kedai wokeh.

Monday, May 4, 2009

Mesra Desa

Family aku buat kenduri last week. Kalo kat Negeri Sembilan rasanya tak sah kalo kenduri xde lauk kambing. So kene la cari kambing sekor untuk dilaukkan. Kami cari di sebuah kampung ni;

Suasana senja di desa x




Mari kita berkenalan dengan warga2 nya;

3 ekor security guard yang sedang bertugas



cool je diorng



Dari jauh diorng dah skodeng kami




Cik Yam, btelor sebijik, riuh sekampung



"Kecik2 ko dah msk penjara", kate Cik Bing kpd Cik Nyet



Panas, antara scandal, yang sempat dirakam



Cubaan Cik Nyet utk bkenalan dengan aku ditolak mentah2



"Bang, ape main ikat2 ni, lepaslah!", mangsa cuba merayu tetapi xdiendahkan.

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tu jer, aku malas nak tulis.

Friday, May 1, 2009

Pekerja

Selamat hari pekerja..keje baik2, jgn jadi macam ni sudah, skang ni susah nak cari keje..hehehe..

Thursday, April 30, 2009

The IKEA

Aku quote skit IKEA pnya business idea:

"We shall offer a wide range of well designed, functional Home Furnishing products at prices so low that as many people as possible will be able to afford them." - The IKEA

Dalam ayat tu pasal well designed products tu aku setuju seratus peratus. Aku suke ikea ni, sebab aku suke idea dengan konsep diorng. Kalo kite pi showroom die tu kite bole gak tiru skit idea tuk menatarias (ayat kamus ni..) interior rumah or bakal rumah kite. Pasal low prices tu aku xbape nak setuju..huhu..

Aku suka idea utk bilik bujang ni. Simple and practical untuk sebuah bilik kecil dan terhad.

smart kan?

Produk IKEA ni pon very creative like benda2 yang simple macam tangga rumah boleh plak tambah laci kat bawah..so kalo kite ade 25 anak tangga, kite boleh ade 25 bijik drawer tuk simpan barang2. Kan practical tu. Xyah beli almari banyak2.

Ni antara barang2 dia yang aku angkut;

baju apron utk budak2


kerusi pon utk budak2


meja ni xde stock laa pulak..


Perhatian: Barang2 ni bukan tuk aku, aku belom kawen lagi. Ni sume tuk anak2 buah aku. Akak aku soh tolong belikan, dan akak aku bukan nak bukak nursery k. Harap maklum.

Sebagai penghargaan untuk diri aku, aku beli ni.

karipap, level G, depan counter bayaran


meatball, level 1, food court


Waa, makanan ni amat sedap, karipap ni satu kewajipan laa. Sedap!! Korang rasailah sendiri keenakanya (iklan ini ditaja oleh karipap IKEA).



Friday, April 24, 2009

Tag

Dd tag aku, so these all the answers:
  • Upload gambar yang anda gemari dan jawab soalan di bawah:

gambar Enchik X dengan hasil buruannya, sila notice giginye..hhehe

  • Kenapa anda suka dengan gambar nh? Apa yang best dengan gambar nh?
  • Sebab mase ni best, xbyk pikir, enjoy jer.

  • Bila kali terakhir makan pizza?
  • 15 April, Yellow cab pizza

  • Lagu terakhir yang anda dengar?
  • Lonely Soldier Boy - Hujan (lagu Mospaeda ni..)

  • Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
  • Tengah berkira2 nak pi jogging ke x.. ari cam nk ujan..

  • Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
  • Yang Teramat Mulia Tuanku Yang Dipertuan Besar Raja Paduka Tun Haji (Y.T.M.T.Y.D.B.R.P.T.H) jer..

  • *Soalan seterusnya ada kaitan dengan orang yang anda tag! Tag 6 orang.
    1. Dd balik..huhu
    2. Pion
    3. Ummu
    4. Gg
    5. Palie
    6. Awis

  • Siapa no 1 pada anda?
  • Dd laa..die yang tag aku..heheh adik angkat aku mase zaman2 belajar dulu

  • Orang no 3 ada hubungan dengan siapa?
  • Dengan sape ek? ntah.. :p

  • Kata sesuatu berkenaan orang no 5..
  • En Palie yang kini bekerja di In**l, Kulim. Mengalami krisis berak, asik citer pasal berak je dalam blog..Huhu..

  • Bagaimana dengan orang no 4?
  • Seorang photographer bertaraf dunia, hebat dalam mengelirukan pihak lawan dan kawan.. :D

  • Siapa orang no 2?
  • Pemancing yang berkaliber, minat memancing dilautan, sungai, tasik, lombong dan juga kolam2 berbayar sekitar anda..

  • Bagi pesanan pada orang no 6.
  • Ujung minggu ni cuti x? aku nak balik kampung ni..


Sekian, sama-sama.

Monday, April 20, 2009

Anak2 Buah

Semalam aku singgah rumah Pak Lang aku kat Salak Selatan sebab anak-anak buah aku nak jumpe dengan Pak Ngahnya (aku la tuh..). Mak2 baby ni cousin aku. Diorng ni lahir kat Hospital Putrajaya. Yang lahir dulu ialah Baby Sarah,hari ni berusia 32 hari, then baru Baby Haiqal (18 hari). Inilah wajah2 mereka:


Baby Annas Haiqal



Baby Sarah Alisyha


Sebenarnya sebab aku tau yang diorang punye due dekat, so aku KIV dulu tengok si Baby Sarah, tunggu si Baby Haiqal kluar dulu baru pi tgk serentak..huhuh.. Orang cakap sambil menyelam, minum air (bole ker?)

Orang yang paling sebok mustilah Mak Lang aku, mane nak jage cucu2, mane nak jage mak cucu2 yang dalam pantang, mane nak jage perut2 laki kepada mak cucu2 yang dalam pantang. Huhu.. Tapi aku tengok die happy jer maklum lah dapat cucu pertama dengan kedua dalam masa yang agak serentak. Sepasang lagi. Tahniah kepada mereka!