Thursday, April 30, 2009

The IKEA

Aku quote skit IKEA pnya business idea:

"We shall offer a wide range of well designed, functional Home Furnishing products at prices so low that as many people as possible will be able to afford them." - The IKEA

Dalam ayat tu pasal well designed products tu aku setuju seratus peratus. Aku suke ikea ni, sebab aku suke idea dengan konsep diorng. Kalo kite pi showroom die tu kite bole gak tiru skit idea tuk menatarias (ayat kamus ni..) interior rumah or bakal rumah kite. Pasal low prices tu aku xbape nak setuju..huhu..

Aku suka idea utk bilik bujang ni. Simple and practical untuk sebuah bilik kecil dan terhad.

smart kan?

Produk IKEA ni pon very creative like benda2 yang simple macam tangga rumah boleh plak tambah laci kat bawah..so kalo kite ade 25 anak tangga, kite boleh ade 25 bijik drawer tuk simpan barang2. Kan practical tu. Xyah beli almari banyak2.

Ni antara barang2 dia yang aku angkut;

baju apron utk budak2


kerusi pon utk budak2


meja ni xde stock laa pulak..


Perhatian: Barang2 ni bukan tuk aku, aku belom kawen lagi. Ni sume tuk anak2 buah aku. Akak aku soh tolong belikan, dan akak aku bukan nak bukak nursery k. Harap maklum.

Sebagai penghargaan untuk diri aku, aku beli ni.

karipap, level G, depan counter bayaran


meatball, level 1, food court


Waa, makanan ni amat sedap, karipap ni satu kewajipan laa. Sedap!! Korang rasailah sendiri keenakanya (iklan ini ditaja oleh karipap IKEA).



Friday, April 24, 2009

Tag

Dd tag aku, so these all the answers:
  • Upload gambar yang anda gemari dan jawab soalan di bawah:

gambar Enchik X dengan hasil buruannya, sila notice giginye..hhehe

  • Kenapa anda suka dengan gambar nh? Apa yang best dengan gambar nh?
  • Sebab mase ni best, xbyk pikir, enjoy jer.

  • Bila kali terakhir makan pizza?
  • 15 April, Yellow cab pizza

  • Lagu terakhir yang anda dengar?
  • Lonely Soldier Boy - Hujan (lagu Mospaeda ni..)

  • Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
  • Tengah berkira2 nak pi jogging ke x.. ari cam nk ujan..

  • Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
  • Yang Teramat Mulia Tuanku Yang Dipertuan Besar Raja Paduka Tun Haji (Y.T.M.T.Y.D.B.R.P.T.H) jer..

  • *Soalan seterusnya ada kaitan dengan orang yang anda tag! Tag 6 orang.
    1. Dd balik..huhu
    2. Pion
    3. Ummu
    4. Gg
    5. Palie
    6. Awis

  • Siapa no 1 pada anda?
  • Dd laa..die yang tag aku..heheh adik angkat aku mase zaman2 belajar dulu

  • Orang no 3 ada hubungan dengan siapa?
  • Dengan sape ek? ntah.. :p

  • Kata sesuatu berkenaan orang no 5..
  • En Palie yang kini bekerja di In**l, Kulim. Mengalami krisis berak, asik citer pasal berak je dalam blog..Huhu..

  • Bagaimana dengan orang no 4?
  • Seorang photographer bertaraf dunia, hebat dalam mengelirukan pihak lawan dan kawan.. :D

  • Siapa orang no 2?
  • Pemancing yang berkaliber, minat memancing dilautan, sungai, tasik, lombong dan juga kolam2 berbayar sekitar anda..

  • Bagi pesanan pada orang no 6.
  • Ujung minggu ni cuti x? aku nak balik kampung ni..


Sekian, sama-sama.

Monday, April 20, 2009

Anak2 Buah

Semalam aku singgah rumah Pak Lang aku kat Salak Selatan sebab anak-anak buah aku nak jumpe dengan Pak Ngahnya (aku la tuh..). Mak2 baby ni cousin aku. Diorng ni lahir kat Hospital Putrajaya. Yang lahir dulu ialah Baby Sarah,hari ni berusia 32 hari, then baru Baby Haiqal (18 hari). Inilah wajah2 mereka:


Baby Annas Haiqal



Baby Sarah Alisyha


Sebenarnya sebab aku tau yang diorang punye due dekat, so aku KIV dulu tengok si Baby Sarah, tunggu si Baby Haiqal kluar dulu baru pi tgk serentak..huhuh.. Orang cakap sambil menyelam, minum air (bole ker?)

Orang yang paling sebok mustilah Mak Lang aku, mane nak jage cucu2, mane nak jage mak cucu2 yang dalam pantang, mane nak jage perut2 laki kepada mak cucu2 yang dalam pantang. Huhu.. Tapi aku tengok die happy jer maklum lah dapat cucu pertama dengan kedua dalam masa yang agak serentak. Sepasang lagi. Tahniah kepada mereka!

Wednesday, April 15, 2009

Pizza Teksi Kuning


Yellow Cab Pizza, lunch bagi memenuhi nafsu makan aku untuk hari ini. First time makan Pizza ni, selalu dengar member cakap pizza sini sedap. Aku selalu lalu lalang depan premis diorng ni mase belajar UniKL dulu, premis berdekatan ngan station LRT Dang Wangi. So ni ape yang aku ngan opismate aku melantak:

1) New York Finest Pizza
2) Manhattan Meatlovers Pizza
3) #4 Cheese Pizza
4) Twice-Baked Potato Halves


Pizza apekah?




Twice-Baked Potato Halves



Pizza diorng ni korang boleh pilih 3 saiz mengikut nafsu korng. Die ade 10", 14" ngan 18". Korang akan menangis laa makan pizza diorng. Sedapp giler! 2 thumbs-up beb! Twice-baked Potato Halves tu pon sedap! Aku siap tapau New York Finest Pizza 18" lagik. Huhu..

Mr.Y and Miss Z kekenyangan, kesukaan



Ape yang aku paling suke kat sini adalah trademark diorng. Vespa Kuning!. Diorng delivery pizza pakai vespa beb. Cun giler! Lepas ni meh laa reramai belanja aku ini pizza.

Mr.X, YCP's delivery boy



Tuesday, April 14, 2009

26th

I've been 26th today but nothing will change..whoops!
Pray for me!

Saturday, April 11, 2009

It's Been A While

Wah dah lama aku tak meng'hapdet' blog ni, many things happen since my last entries. I got my new lappy sebab kerja skang nak kene pakai laptop (ye ker?) and laptop company blom smpai lagi. It have been 5 months aku keje kat sini and aku enjoy keje sini. Pi keje naik lrt jer. Tak serabut, sambil boleh usha2 huhuhu.

Malaysia kini telah berubah tampuk pimpinan, new PM and his new cabinet. Tun Mahathir pon dah masuk UMNO balik. MECD dah tak ada. Sama2 kita tengok angin perubahan Malaysia dibawah pimpinan baru.

Cuaca pun skang ni asyik hujan tak kira masa, tengah elok panas tiba pulak hujan. Housemate aku cakap sebab La Nina. Lantak kau la, La Nina Ke El Nino ke janji aku bahagia. Hehe.

Lagi satu, fasal KPLI. Hari tu dah pergi peperiksaan MTEST dia. Kalau dapat tak tau macam mane. Berbelah bahagi pulak. Sayang nak tinggal company aku ni. DPLI nyer exam belum ada panggilan. Kalau dapat panggilan PTD aritu best jugak. Haish!