Tuesday, February 10, 2009

Politic is dirty

Sekarang ni hari2 media memutarkan gelodak politik di Perak. Aku tak berminat dengan politik. Tapi kalau hari2 disogok dengan isu2 politik dari pelbagai pihak, aku secara tidak sengaja turut menilai. Dan aku berada 'diatas pagar' pada mana2 belah pihak.

Teringat kata2 seorang sahabat pada masa belajar dulu. "Politic is dirty". Dan pada masa itu aku menyokongnya seratus peratus. Sekarang, bagi aku "Politicians are dirty". Ironiknya sesuatu perkara tidak akan menjadi buruk apabila pelakunya tidak memburukkannya. Anda setuju?

Percayakah anda bahawa perjuangan mereka adalah demi rakyat? Aku tidak. Setiap orang mempunyai agenda mereka tersendiri. Agenda itu boleh digapai dengan mudah dengan KUASA. Andakan belajar sejarah. Setiap tamadun akan hancur apabila moraliti para pemimpinnya hancur. Sifat tamak akan kemewahan, pengaruh dan wanita lahir dari KUASA. Dan kita semakin menuju kehancuran.

Lalu bagaimana pemimpin pilihan aku?


“Demi Allah kami tidak akan melantik pengendali tugas ini kepada seorang yang meminta-minta atau berusaha mendapatkannya.”
(maksud hadis)



Maka jawapannya, seseorang pemimpin itu haruslah dilantik mengikut kemampuan sebenarnya. Secara ringkasnya 'memberi hak kepada yang benar2 berhak'. Bagaimana dengan anda?

No comments:

Post a Comment