Monday, February 2, 2009

McDeluxe ayam yang pedas

Hari ni hari wilayah. Walaupun aku hanya perantau disini tapi aku turut mendapat nikmat cuti. Entri kali ni tak ade kena mengena dengan hari wilayah sama sekali. Hanya disebabkan cuti ini aku dapat melangkahkan kaki keluar dari rumah. Arah tujuan, Jusco AU2. Sebelum dari minggu ini aku tidak menahu tentang kewujudannya. Aku bukan seperti anda..

Selain daripada mencuci mata, aku turut memenuhi nafsu perutku. Ya semenjak dua ini aktiviti ini amat menarik minatku. Maksudku..Makan. Setelah meronda mencari port makan yg bersesuaian, Wendy’s menjadi pilihan. Menjadi kebiasaan untuk aku memilih makanan segera apabila keluar berjalan. Ianya lebih praktikal. Makanan segera bukannya bermaksud Meggi atau Jajan. Itu ‘junk food’. Anda faham?


Kalau kita perhatikan kebanyakkan makanan segera berasal dari negara asing. Bukan makanannya tetapi rangkaian syarikatnya. Dan kebanyakkanya berasal dari negara Pakcik Sam rakan karib kepada penceroboh di Palestine. Aku tahu yg anda juga tahu. Aku tahu yang anda juga memboikot produk dari negara2 pro-bangsa laknatullah. Tapi tahukah anda produk dari negara yg bukan pro-bangsa laknatullah juga ada mendapat suntikan modal dari orang Yahudi? Tidak mustahil juga perkara yang sama terjadi pada syarikat-syarikat di Malaysia.

Entri ini bukan sebagai alasan. Aku tahu kadang-kala aku tidak dapat menahan dari godaan...Chicken McDeluxe.


...aku cube bertahan...

...doakan aku...


1 comment: