Wednesday, February 4, 2009

Allah Semua Agama

Baru2 ni aku terbaca mengenai sebuah akhbar Herald Catholic menggunakan perkataan "Allah" bagi merujuk istilah tuhan. Pada kebiasaannya mereka akan menggunakan perkataan "God" atau "Lord". Banyak respon, tentangan, sama ada dari tokoh agama, rakyat biasa dan mungkin anda.

Pada pandangan peribadi aku, perkara ini adalah cara untuk mereka menyebarkan agama mereka. Apalagi perkataan itu wujud dalam edisi terbitan Bahasa Melayu. Maka kita tahu focus point atau target reader mereka. Dan aku juga faham setiap agama cuba menyebarkan ajaran mereka.

Aku berikan petikan dari sebuah risalah keluaran PERKIM:



Arab Christians, Arab Jews and Muslims everywhere refer
to God as "Allah". The word for God in the
Arabic Bible is "Allah"


Invitation to Undestanding Islam Series 15
(The Foundation of Islam)
by: Dr Y Mansoor Merican, Ph.D





..Maka apa perlu mereka, aku dan anda perlu memberikan tentangan..?
Rasionalnya tentangan ini bagi mengelakkan kekeliruan pada masyarakat.


..Adakah masyarakat Islam Malaysia terlalu bodoh untuk membezakannya..?
Mereka tak bodoh, tapi ada antara mereka yang Jahil. Aku tak risaukan tentang anda. Aku tahu yang anda adalah dari golongan yang celik akal. Anda perlu tahu yang setiap kita mempunyai kelemahan dan kelebihan. Ada yang cerdik dan ada yang kurang. Maka apa yang aku concern ialah pada golongan2 yang tidak terpelajar, golongan yang baru ingin mempelajari Islam dan golongan yang terpelajar tetapi masih hanyut dalam nikmat dunia. Maka kekeliruan ini amat perlu dielakkan bagi mengelakkan mereka menyimpang dan semakin jauh dari nikmat Islam.


..Adakah aku menafikan hak mereka untuk menggunakan perkataan Allah..?
Aku tidak menafikan hak mereka. Bagi aku mereka boleh menggunakannya antara mereka. Tetapi apabila dimedia, biarlah menggunakan pilihan perkataan yang menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia. Umum di Malaysia tahu apabila disebut perkataan "Allah", maka ia berkait rapat dengan umat Islam, dan penggunaan perkataan "God" atau "Lord" menjadi kebiasaan bagi masyarakat Kristian. Maka penggunaan istilah yang sama mungkin mengundang kekeliruan, sama ada pada umat Islam atau masyarakat Kristian.



Maka dasar tentangan aku bukan kerana perkataan "Allah" itu adalah hak mutlak umat Islam. Tetapi bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan yang bakal merugikan umat Islam sendiri. Dan apa yang anda perlu faham, ulasan diatas hanyalah pandangan dari kotak pemikiran aku. Jika anda tidak bersetuju, terpulang, kerana Allah menjadikan manusia itu berbeza-beza.



1 comment:

  1. yup...saya setuju dengan ulasan anda...




    ~ cik kura-kura ~

    ReplyDelete